|
- Dokumen
Tawaran dijual pada waktu pejabat mulai 8.30
pagi - 3.30 petang (Ahad - Khamis) di Kaunter Pejabat Bendahari, UMT.
- Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk:
i) bagi tender : Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf
ii)bagi sebutharga : Tunai sahaja
yang dibuat atas nama Bendahari Universiti Malaysia Terengganu (yang tidak akan dikembalikan).
- Pembelian
dokumen tawaran melalui pos tidak akan dilayan, kecuali diuruskan sendiri oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik oleh pembekal.
- Pihak UMT tidak bertanggungjawab terhadap dokumen yang hilang dalam perjalanan, yang dibeli oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik oleh pembekal.
- Petender/Penyebutharga
hendaklah menunjukkan sijil pendaftaran asal sama ada dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor
(PKK) dan Kementerian Kewangan Malaysia mengikut
kod kelayakan yang ditetapkan berserta satu salinan sijil
untuk simpanan sebelum dibenarkan membeli dokumen tawaran.
- Tawaran hendaklah sampai dan dimasukkan ke dalam peti tender yang terletak di Pejabat
Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 21030
Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA sebelum atau pada tarikh tutup tawaran pada jam 12.00
tengah hari.
- Pihak UMT tidak terikat untuk
menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran lain
dan juga tidak perlu memberi sebarang alasan kepada petender/penyebutharga
yang tidak berjaya.
|
Copyright © 2004-2015
Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat, UMT |
|
|
 |